1. Tuliskannnya
Minda kita tidak dapat membentuk
gambaran yang kukuh jika ia tidak diletakkan di dalam bentuk bertulis terlebih
dahulu. Dengan menulis, anda akan lebih fokus kerana cuba menerangkan anda yang
ingin dicapai dalam bentuk perkataan dan ayat. Usaha berfikir dengan lebih
fokus ini secara tidak langsung menjadikan matlamat itu lebih lekat dalam
minda. Selain itu, menulis matlamat
menjelaskan lagi apa
sebenarnya yang anda ingin capai. Setelah matlamat ditulis, baca kembali
matlamat itu. Apa perasaan anda? Anda akan dapati perasaan membaca matlamat
yang ditulis berbeza daripada hanya memikirannya dalam otak
2. Jangan fikirkan logik atau tidak
Apabila mula menulis, anda tidak perlu fikir sama anda matlamat anda itu
munasabah atau tidak. Itu akan ditangani kemudian. Apa yang penting ianya
ditulis dahulu. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang anda boleh capai. Luaskan
pandangan, jangan ditapis buah fikiran itu. Tanya soalan ini ”Jika tiada siapa
yang menghalang anda, atau jika anda mempunyai segala-gala yang anda perlukan
(seperti wang, kemahiran, jaringan kenalan, pengetahuan), apa yang anda boleh
capai?” Senaraikannya sebanyak mungkin. Dalam menetapkan matlamat, kita selalu
meletakkan had dalam minda. Akibatnya daya kreativiti kita terbantut. Setelah
anda selesai menulis, barulah anda pilih satu matlamat besar yang realistik
untuk anda usahakannya.
3. Matlamat Mestilah tinggi
Tetapkan matlamat setinggi mungkin. Mungkin anda
risau jika anda letakkan matlamat tinggi sangat anda akan gagal atau
diketawakan. Ya itu boleh berlaku tetapi ia juga boleh berlaku pada matlamat
yang rendah.
4. Nyatakan dengan Jelas, positif dan
spesifik
Kemungkinan anda mempunyai keinginan yang dilihat dari sudut negatif
seperti tidak mahu miskin atau hidup susah, mengidapi penyakit, hidup
berseorangan dan sebagainya. Tidak salah mempunyai matlamat negatif seperti itu
kerana kita semua punyai perkara-perkara yang kita risaukan dalam hidup.
Walaubagaimanapun dalam latihan menulis matlamat ini, lebih baik matlamat itu
ditulis secara positif. Fokus pada apa yang anda mahu daripada apa yang anda
tidak mahu. Jika anda mempunyai risaukan sesuatu keadaan, fokuskan pada keadaan
yang bertentangan dengannya. Contoh, jika anda tidak mahu hidup susah, keadaan
bertentangannya ialah hidup senang. Pastikan anda lebih spesifik dengan apa
yang dimaksudkan dengan senang itu? Adakah senang itu dimaksudkan dengan rumah
sebesar istana? Ataupun ada wang untuk membeli apa sahaja?
5. Gunakan kata ganti nama
pertama
”Saya” atau ”Aku” adalah kata-kata ganti nama pertama. Gunakannya dalam
menulis kenyataan matlamat itu. Contoh
”Saya mendapat Pangkat Sapphire pada Bulan Jun 2013.”
Atau
“Saya dapat menaja 14 orang Pakej gold pada Jun 2013”
Nyatakan matlamat itu seolah-olah anda telah mencapainya. Ini adalah
salah teknik memprogramkan minda.
6. Matlamat itu adalah matlamat anda
Anda yang kerap mendapat nasihat dan dorongan orang lain kadang-kala
boleh masuk dalam perangkap ini – anda ambil matlamat orang lain sebagai matlamat
anda. Orang lain seperti ibubapa dan guru mempunyai harapan mereka sendiri dan
nasihat mereka berguna, tetapi jangan ambil bulat-bulat apa yang mereka mahu
anda capai. Ini kerana matlamat orang lain bukan datang dari hati anda. Apabila
bukan datang dari hati anda, ia menjadi satu bebanan dan dikhuatiri jika anda
capai matlamat itu pun anda tidak akan gembira.
7. Selaras dengan nilai anda
Mencapai matlamat adalah satu proses
merealisasi satu realiti baru dan apabila ianya dicapai, ia menjadi sebahagian
daripada kehidupan anda. Jadi anda perlu pastikan matlamat selaras dengan
prinsip dan perkara yang bernilai bagi anda. Tidak guna mengejar sesuatu impian yang anda hanya punyai keinginan
sementara kerana pencapaiannya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
InsyaAllah jika langkah pertama dilakukan dengan betul dan
bersungguh-sungguh, anda boleh nikmati kejayaan yang lebih besar lagi pada
tahun ini.
Semoga berjaya menuju kejayaan,
No comments:
Post a Comment