Link

Followers

Khasiat Ganoderma



 Apa itu Ganoderma?

Ganoderma adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Istilah saintifik bagi kulat ini ialah Ganoderma Lucidum, manakala istilah am nya ialah Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula panggilan bagi masyarakat di China


Sejarah.

Mengikut kepercayaan orang Cina mereka telah mengamalkan sejak 2000 tahun dahulu. Iaitu ketika pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti. Hanya keturunan raja yang boleh makan Jadi tidak hairan kalau baginda mampu beristeri lebih dari 1000 orang.

Tetapi kalau rujuk dalam Surah Al Baqarah ayat 57:-

" Dan kami naungi kamu dengan awan dan kami turunkan kepada mu 'manna" dan "salwa" . Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah kami berikan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiayai kami akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri."

Juga dalam Surah Al-Baqarah ayat 61:-

" Hai Musa, kami tidak tahan sabar dengan satu jenis makanan sahaja kerana itu mohonlah untuk kami kepada Tuhan mu agar dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurnya, ketimunnya, bawang putihnya. kacangnya, bawang merahnya. Musa berkata: " Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti (manna) yang lebih baik? Pergilah kamu kesuatu kota pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta." Lalu ditimpalah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal ini (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas."


Begitu juga dalam Kitab Al-Tibbun Nabawi " Cendawan " adalah dari "MANNA". Anugerah yang diturunkan Allah S.W.T. dizaman nabi Musa a.s. yang merupakan satu jenis makanan yang punya khasiat baik dan tinggi

Dalam kitab Zadul Mi'ad " Cendawan sebagai anugerah yang telah diturunkan Allah S.W.T. kepada Bani Israel"

Kulat ini berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah digunakan oleh masyarakat China dalam bidang perubatan semenjak lebih 3000 tahun lampau

Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Ini ada dijelaskan di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah , ayat 57-61. Allah menerangkan bahawa Ganoderma adalah sebaik-baik makanan. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa


Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri

Menurut masyarakat China, Ganoderma berupaya memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali sebagai Herba Yang Ajaib

 


Kajian-kajian klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:

Sistem kulit
Sistem saraf
Sistem jantung
Sistem mata
Sistem Ginjal / buah pinggang
Sistem pernafasan
Sistem aliran darah

Dari kajian-kajian yang dijalankan juga, didapati bahawa Ganoderma mempunyai potensi untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik meliputi:

Kanser
Tekanan Darah Tinggi
Hepatitis
Kencing Manis (Diabetes)
HIV & AIDS
Alahan

Kajian oleh ahli-ahli mikologi dan farmakologi mendapati bahawa Ganoderma mengandungi sebatian-sebatian berikut:

Asid Amino
D-mannitol
Polisakarida
Asid Organik
Ergosterol
Sakarida
Asid Protease
Glukosamin
Sterol
Adenin
Lakton
Triterpenoid
Adenosin
Lisozim
Vitamin
Alkaloid
Oganik Germanium(GE)
Garam Galian


Hasil kajian juga mendapati bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat seperti berikut:

Air  - 750.0mg
Kalori   - 1.7
Lemak  - 9.0mg
Serat  - 25.0mg
Protin  - 75.8mg
Besi  - 0.19mg
Kalsium   - 3.0mg
Asid Pantotenik  - 0.032 mg
Vitamin B1  - 0.0016mg
Vitamin B2  - 0.0064mg
Vitamin B3  - 0.076mg
Vitamin C  - 0.0625mg
Vitamin D  - 0.769mg
Fosferus  - 0.03mg
Karbohidrat  - 115.0mg


Bagi setiap 100mg Ganoderma Lucidum asli
Komponen yang penting dalam Ganoderma serta kepentingan dari segi kesihatannya :

Organik Germanium (GE) – Berupaya dalam meningkatkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen sebanyak 1.5 kali atau lebih

Polisakarida – Menguatkan lagi sistem immunisasi badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan (yakni melancarkan lagi fungsi pembuluh darah dalam badan)

Adenosin – Menyokong kesihatan terhadap fungsi sistem pengaliran darah ke jantung yang mana dapat mengaktifkan lagi sel-sel badan. Adenosin ini membekalkan nutrien yang berkhasiat dan dapat menguatkan lagi pembuluh darah. Apabila aliran darah berfungsi lancar, kapilari darah ini akan meningkat, maka ia dapat mengangkut bekalan oksigen yang lebih serta nutrien bagi mengekalkan kesihatan yang baik

Ganoderma juga mengandungi mineral, protein, vitamin dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Ganoderma tidak bertindak langsung terhadap penyakit yang dihadapi, sebaliknya bertindak terhadap elemen dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini adalah kerana apa jua penyakit yang menimpa manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang tidak sihat, rosak atau binasa.

Daripada laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan bahawa ahli-ahli farmakologi telah mendapati Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah kesihatan dan penyakit-penyakit seperti berikut:

Meningkatkan tindakbalas terhadap masalah hyperlipidemia ( keadaan darah di mana kandungan lemak melebihi kadar lazim) dan merangsang fungsi koronari terhadap saluran arteri
Membantu memulihkan masalah dan gangguan tekanan darah tinggi atau rendah
Membantu memulihkan masalah asma dan tekanan jiwa yang kronik
Membantu memulihkan masalah tekanan dan neurasthenia ; yakni gangguan secara psikologi dan fizikal terhadap sistem saraf
Membantu memulihkan dan mengimbang semula masalah erythropthisis ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah merah) serta leucocytopenia ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah putih )
Mengawal dan memulihkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit degenaratif
Hilang selera makan
Hilang ingatan/nyanyuk
Sumbatan saluran darah
Masalah tulang sendi
Masalah kerongkong
Hepatitis A, B, C, D
Masalah kulit
Gastrik
Masalah kerosakan hati
Sukar tidur malam (Insomnia)
Keracunan makanan
Masalah saluran pernafasan
Masalah keguguran rambut
Masalah bengkak ginjal / buah pinggang
Ulser

Menurut Dr. David Chu, seorang pakar perubatan tradisional China di Calgary, Kanada
menyebut di dalam buku Reishi Mushroom : Herb of Spritual Potency and Medical Wonder, Sylvan Press, washington ( 1990 ) karangan Dr Terry Willard bahawa Ling-zhi mempunyai kesan sedatif yang dapat melegakan sistem saraf pusat. Ling-zhi juga dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur malam dan kegelisahan.

Menurut beliau, kajian-kajian menunjukkan Ling-zhi mempunyai pengaruh yang berkesan merangsang sel-sel darah putih untuk meningkatkan kekuatan memerangi gejala-gejala asing. Ling-zhi juga begitu ketara khasiatnya dalam kes-kes kanser. Rawatan radioterapi (sinaran radiasi) dan kimoterapi pada kebiasaannya akan mengurangkan bilangan sel-sel darah putih. Apabila dosej Ling-zhi diambil sebelum menjalani kedua-dua bentuk rawatan tersebut, bilangan sel-sel darah putih tidak akan berkurangan.
Dari kajian beliau, Dr Chu mendapati Ling-zhi amat berkesan untuk merawat asma, radang paru-paru dan batuk juga berkesan untuk mengeluarkan toksik daripada hati dan memelihara serta melindungi sel-sel hati. Kerana itu, Ling-zhi amat sesuai untuk merawat hepatitis. Ling-zhi juga adalah amat berkesan terhadap jantung terutama bagi mengatasi masalah kesesakan nafas, pengaliran darah ke jantung dan kestabilan fungsi jantung.

Masyarakat China menurut Dr Chu, semenjak dahulukala lagi percaya bahawa Ling-zhi berupaya mengimbangi organ-organ utama tubuh dalam menjalankan fungsi masing-masing. Dr Terry Willard sendiri di dalam buku tersebut, mencatitkan kesan Reishi sebagaimana yang beliau alami sendiri. Paling ketara adalah keberkesanan Reishi terhadap Sindrom Kelesuan Kronik di mana para pesakit yang kebiasaannya sering kelesuan dan tidak bermaya kembali aktif dan ceria.






No comments:

Post a Comment