Link

Followers

Kelebihan Berniaga Di Internet



LAMAN WEB DI INTERNET ADALAH KOMPLEKS MEMBELI BELAH.

Di Internet, laman web anda adalah sama sahaja dengan SEBUAH kompleks membeli belah yang selalu anda kunjung seperti yang saya jelaskan di atas sana. Di dalamnya ada pelbagai kedai yang menjual pelbagai produk yang boleh menjadi pilihan setiap pengunjung yang datang.
Pengunjung di Internet tidak perlu menggunakan tenaga untuk berjalan-jalan mencari produk. Mereka hanya perlu duduk dan klik sana sini melihat produk yang mereka suka. Mereka boleh bertanya menggunakan borang maklum balas yang disediakan.
Anda juga boleh mengiklankan produk-produk orang ramai di dalam laman web anda di Internet dengan mengenakan bayaran sewa meletakkan iklan produk tersebut. Anda bebas meletakkannya di mana-mana.
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan di sini, LAMAN WEB PERNIAGAAN ANDA DI INTERNET SAMA DENGAN SEBUAH KOMPLEK MEMBELI BELAH DI LUAR SANA. JIKA ANDA MEMILIKI SEBUAH LAMAN WEB PERNIAGAAN INI SAMALAH SEPERTI ANDA MEMPUNYAI SEBUAH KOMPLEK MEMBELI BELAH YANG HARGANYA JUTAAN RINGGIT!!!.


KELEBIHAN PERNIAGAAN DI INTERNET

Perniagaan anda tanpa sempadan
Di Internet, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini. Anda meletakkan perniagaan anda bersaing dengan perniagaan-perniagaan hebat di Internet. Yang penting di Internet adalah promosi. Siapa yang hebat promosi, dialah dapat mengaut keuntungan yang lebih. Promosi di Internet bukanlah masalah besar. Letakkan gambar produk anda juga merupakan satu promosi. Mudah sahaja bukan??

Perniagaan Tanpa Had Masa
Perniagaan di Internet bermakna anda MEMBUKA KOMPLEK MEMBELI BELAH ANDA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU DAN 365 HARI SETAHUN. tanpa kos tambahan…,  Jadi anda telah mengalahkan pasar raya seperti Giant, Mydin, Macro, Tesco, Jusco, Hypermarket dan lain-lain.



Mewujudkan Jaringan Perniagaan Tanpa Had
Di Internet, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh menghubungkan berapa banyak yang anda suka dengan perniagaan lain dengan mudah dengan membina pautan perniagaan lain di laman web anda. Anda tidak perlu meminta kebenaran terlebih dahulu kerana di Internet, semua ini bersifat global. Malah anda boleh membentuk komuniti perniagaan anda sendiri tanpa ada sekatan bersama-sama dengan perniagaan yang besar dan hebat.

Memberi Maklumat Perniagaan Dengan Lebih Baik
Dengan adanya laman web, anda dapat memberikan maklumat tentang perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Anda boleh menambah maklumat anda sentiasa pada bila-bila masa di mana jua anda berada. Anda dapat menerangkan seberapa banyak mungkin maklumat produk anda secara terperinci. Malah anda boleh menggunakan audio atau video untuk menerangkannya dengan lebih baik. Ruang FAQ (Frequently Ask Questions) juga dapat membantu pelanggan dengan cepat tentang produk atau perniagaan anda.


Meluaskan Pasaran
Jika anda membuka kedai, pelanggan anda tertumpu kepada orang ramai di sekitar kawasan kedai anda. Jika anda membuka laman web perniagaan anda di Internet, anda membuka perniagaan anda kepada berjuta-juta orang di dunia ini. Pasaran anda terlalu luas sehingga merentas masa dan sempadan.


Kos Yang Rendah
Anda adalah CEO dan Director perniagaan anda. Anda juga adalah Eksekutif Akaun perniagaan anda. Anda adalah setiausaha sehinggalah anda juga adalah pekerja di Perniagaan Internet anda. Anda tidak memerlukan sesiapa kecuali diri anda untuk mengawal satu komplek membeli belah milik anda di Internet. Bayangkan jika semua ini bukan di Internet? Mungkin anda memerlukan beribu-ribu tangan dan kaki malah juga kepala untuk mengawal semua ini.


Interaksi Secara Terus Dengan Setiap Pelanggan
Interaksi dan maklum balas dengan pelanggan sangat berguna di dalam perniagaan. Ia dapat mempertingkatkan mutu perniagaan anda. Di Internet anda dapat melakukan semua ini dengan mudah. Anda dapat melayan pelanggan secara personal di ruang email. Anda juga dapat memberi maklum balas dengan lebih berkesan kepada pelanggan dengan cepat, mudah tidak kira masa dan tempat. Pelanggan juga dapat memberi maklum balas dengan cepat terhadap perkhidmatan dan produk perniagaan anda.


Memudahkan Agen Menghubungi Anda
Jika anda mempunyai Agen perniagaan di luar Internet, anda dapat berhubung dengan mereka dengan pantas. Segala laporan perniagaan dapat di hantar dengan cepat tidak kira masa dan tempat. Anda boleh menggunakan kemudahan di Internet seperti SKYPE atau Yahoo Messenger yang tidak mengenakan sebarang kos perhubungan anda. Menguntungkan bukan??


Memasarkan Produk Kepada Pelanggan Antarabangsa dalam masa 1 saat
Bayangkan produk anda bukan hanya dilihat oleh mereka di negara ini sahaja malahan semua orang di dunia. Jika produk anda tertumpu kepada satu golongan atau bangsa seperti contoh bangsa melayu, ia tidak menjadi masalah kerana bangsa melayu terdapat di mana-mana di dunia ini. Mereka pasti tertarik dengan produk anda kerana mereka dapat membelinya terus di Internet tanpa pulang ke Malaysia.


Pasaran Secara Terus 24 Jam sehari
Bayangkan jika anda menjual sesuatu produk yang mana produk ini anda hasilkan sendiri. Saya kasi contoh menulis buku. Anda memerlukan pihak penerbitan untuk menerbitkan buku anda dan kemudian pergi ke pengedar. Kemudian akan tiba kepada penjual dan barulah kepada pelanggan. Berapa banyak lapisan anda terpaksa pergi? Itulah pembahagian keuntungan yang perlu anda lalui.

Di Internet, anda boleh mengedar dan menjualnya sendiri secara online. Keuntungan hanyalah untuk diri anda sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.

Bertukar Maklumat Dengan Pantas
Perniagaan Internet dapat mewujudkan satu komunikasi dan persahabatan yang baik dengan peniaga lain. Maklumat tentang produk dapat diwujudkan melalui persahabatan ini. Malah persahabatan ini tidak kira besar mana syarikat anda. Yang penting adalah jualan anda di Internet.



Menguji Produk Baru Tanpa Kos
Di Internet anda boleh melihat sambutan terhadap produk baru anda tanpa dikenakan sebarang kos. Jika di luar, anda dikenakan bayaran untuk mempromosi dan mengiklankan produk baru anda tetapi tidak di Internet. 



Jom jutawan melayu kita berniaga di Internet..


No comments:

Post a Comment